Timbalan presiden PAS itu berkata, pihaknya sudah melantik tiga Ahli Parlimen untuk membuat rundingan itu.

PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) akan mengadakan rundingan dengan Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof dalam masa terdekat berhubung status peruntukan pembangkang, kata Tuan Ibrahim Tuan Man.
Timbalan presiden PAS itu berkata, PN sudah melantik tiga Ahli Parlimen untuk membuat rundingan itu, iaitu Ketua Pembangkang Hamzah Zainuddin, Ahli Parlimen Kota Bharu Takiyuddin Hassan, dan Ahli Parlimen Putrajaya Radzi Jidin.
“Rundingan akan dilakukan dalam tempoh terdekat, kita tidak tahu berapa jumlah peruntukan sebenar, namun perdana menteri memaklumkan akan memberi jumlah yang sama dengan Ahli Parlimen kerajaan.
“Kita nak tengok bukti nanti dan apa syarat yang dikenakan,” katanya di Kota Bharu semalam, lapor Berita…
