

Perdana Menteri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan tambahan berjumlah RM2.8 juta tahun ini untuk membaik pulih infrastruktur asas di 14 institusi pendidikan Islam di seluruh Kedah.
Anwar yang juga menteri kewangan berkata, peruntukan itu disalurkan agar para pelajar dapat menuntut ilmu dalam persekitaran yang lebih selesa dan selamat.
“Kerajaan Madani akan terus memartabatkan syiar Islam dengan memperkukuh institusi pendidikan Islam serta menyuburkan pengajian dan kefahaman ilmu hadis dalam masyarakat,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Dalam pada itu, perdana menteri turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM250,000 bagi pelaksanaan Program Khatam Hadis Sunan Sittah dan Musthola Hadis.
Kedua-dua peruntukan itu, katanya, akan diselaras oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri Negeri Kedah.
Klik sini untuk baca artikel penuh.
Sumber: