
KUALA LUMPUR: Peruntukan bantuan pendidikan dan sokongan kepada ibu bapa dan kanak-kanak autisme yang diumumkan menerusi Belanjawan 2025 adalah antara usaha yang diperjuangkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Menterinya, Nancy Shukri berkata, inisiatif buat julung kali diumumkan itu disuarakannya dalam mesyuarat Jemaah Menteri minggu lepas selaras dengan keperluan semasa golongan itu.
“Kita berterima kasih (kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim) kerana baru minggu lepas saya suarakan dalam mesyuarat Jemaah Menteri,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
“Alhamdulillah, kita dapat RM23 juta melibatkan bantuan yuran pembelajaran untuk 30,000 ribu anak autisme bagi meringankan beban ibu bapa yang layak, berjumlah RM15 juta.”
Menurut Nancy, RM5 juta juga…