
PETALING JAYA: Peruntukan dan subsidi tambahan daripada kerajaan pusat diperlukan untuk membangunkan kawasan penanaman padi, kata dua exco pertanian.
Ia susulan saranan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu, kerajaan negeri membangunkan kawasan penanaman padi di negeri masing-masing bagi meningkatkan pengeluaran beras dalam negara.
Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka, Dr Akmal Salleh, berkata untuk meningkatkan pengeluaran padi memerlukan subsidi baja, benih dan racun tambahan daripada kerajaan pusat.
Beliau yang menyokong saranan Mohamad berkata, tanpa subsidi kebanyakan pesawah tidak boleh “survive”.

“Untuk satu hektar hanya 1.5 tan sahaja hasil tuaian akan dapat subsidi. Jika kerajaan mahu meningkatkan kepada dua tan, lebihan…