
KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM5 juta kepada RM25 juta setahun untuk Universiti AIMST mulai tahun depan daripada RM20 juta sebelum ini.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob ketika berucap pada Perhimpunan Agung MIC ke-75 di sini, hari ini.
Pengumuman itu adalah respons kepada permohonan Presiden MIC S A Vigneswaran yang dalam ucapannya berkata ia bertujuan untuk membolehkan lebih ramai anak kaum India dapat melanjutkan pelajaran sekali gus mengubah nasib keluarga.
Universiti AIMST yang menawarkan jurusan perubatan, sains dan teknologi merupakan universiti swasta di bawah Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED), yang dimiliki MIC dan berpusat di Sungai Petani, Kedah.
Ismail Sabri juga turut mengumumkan bahawa…