

Perwakilan PAS menyifatkan gesaan pemimpin DAP supaya peguam negara (AG) meneliti semula 47 tuduhan membabitkan Presiden Umno Zahid Hamidi sebagai satu bentuk ‘hipokrasi’.
Perwakilan Kedah Mardhiyyah Johari berkata, isu berkenaan tidak dibangkitkan ketika DAP dan Pakatan Harapan (PH) memerlukan sokongan Umno untuk membentuk kerajaan di Putrajaya.
“Masa mereka nak bentuk kerajaan dengan sokongan Umno, perkara ini tidak berbangkit, baru sekarang mereka kalut.
“Ini bukan reformasi, tetapi hipokrasi,” kata Adun Pengkalan Kundor itu ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden sempena Muktamar Tahunan PAS Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) Pengkalan Chepa.
Semalam Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer menggesa peguam negara untuk meneliti semula 47 tuduhan berkaitan rasuah melibat…