
PETALING JAYA: Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebagai seorang demokrat beliau menyerahkan kepada perwakilan ketika perhimpunan agung Umno (PAU) nanti bagi menentukan sama ada jawatan presiden dan timbalan presiden Umno boleh ditandingi atau tidak.
Zahid yang juga timbalan perdana menteri berkata, beliau juga menyerahkan kepada perwakilan parti untuk menentukan apakah bentuk sistem demokrasi yang mahu diterjemahkan.
“(Bagaimanapun) sebelum itu, kita harus bawa ke biro politik, bawa ke Majlis Kerja Tertinggi (MKT) selepas itu usul MKT itu harus dibawa ke perhimpunan agung, biar perwakilan yang menentukan dalam perhimpunan agung itu,” katanya dalam program bual bicara yang disiarkan secara atas talian.
Beliau berkata demikian mengulas gesaan daripada dalam parti supaya kedua-dua…