Polis berkata, mangsa dijanjikan pulangan 5% hingga 10% daripada nilai modal, tanpa menyatakan tempoh pelaburan.

PETALING JAYA: Seorang pesara kerajaan kerugian lebih RM4.4 juta akibat diperdaya sindiket penipuan pelaburan mata wang kripto.
Ketua Polis Brickfields, Amihizam Abdul Shukor berkata laporan diterima daripada seorang lelaki tempatan berusia 60 tahun hari ini mendakwa ditipu dalam pelaburan mata wang kripto membabitkan lebih RM4.4 juta.
Katanya, mangsa menerima mesej melalui WhatsApp daripada nombor tidak dikenali yang mengiklankan pelaburan mata wang kripto.
“Suspek memperkenalkan diri sebagai sebagai ejen pelaburan mata wang kripto berasal dari Singapura.
“Mangsa kemudian diterangkan pelan (pelaburan) dan dipujuk menyertai pelaburan, selain diarahkan membuat pendaftaran di laman sesawang diberikan,” katanya menurut…