Hot FM

Pesara rugi RM1 juta angkara saham tak wujud


Mangsa membuat 22 transaksi pembayaran berjumlah RM760,200 ke dalam enam akaun bank berbeza sejak 8 Okt hingga 10 Dis lalu.
PETALING JAYA:

Seorang pesara kerajaan kerugian RM1.0024 juta selepas terperdaya dengan sindiket penipuan pelaburan saham dalam talian baru-baru ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Azizee Ismail, berkata lelaki berusia 67 tahun berkenalan dengan seorang wanita melalui Facebook pada Ogos lalu, yang kemudian menawarkan pelaburan saham menjanjikan keuntungan hingga 200% dalam tempoh singkat.

“Mangsa seterusnya berhubung dengan suspek melalui WhatsApp dan pesara kerajaan itu berminat untuk menyertai pelaburan berkenaan, sekali gus diminta memuat turun satu aplikasi bagi tujuan pendaftaran keahlian sebelum membuat pelaburan,” katanya dalam kenyataan, menurut Bernama.

Beliau berkata, mangsa membuat 22 transaksi pembayaran berjumlah RM760,200 ke dalam enam akaun bank berbeza sejak 8 Okt hingga 10 Dis lalu dan dijanjikan keuntungan pelaburan sebanyak RM7,488,492 bagi…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version