Hot FM

Pesawat AirAsia ke Brunei dilencong ke KK kerana isu tekanan kabin


Flight AK278’s tracking data
Data penjejakan penerbangan AK278 yang tular di media sosial pada Jumaat. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:

Sebuah penerbangan AirAsia dari Kuala Lumpur ke Brunei membuat lencongan sebagai langkah berjaga-jaga ke Kota Kinabalu pada Jumaat susulan isu teknikal berkaitan tekanan kabin.

Penerbangan AK278, yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 1.45 petang dan dijadualkan tiba di Brunei pada 4.05 petang, dilencongkan ke Kota Kinabalu.

Insiden itu menarik perhatian orang ramai selepas satu hantaran di Facebook yang memaparkan data penjejakan penerbangan tersebut tular, dengan mendakwa pesawat itu mengisytiharkan kecemasan dan melakukan penurunan terkawal di atas Laut China Selatan.

Amaran tekanan kabin lazimnya mendorong pesawat mengurangkan ketinggian sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan penumpang.

Dalam kenyataan, AirAsia memaklumkan bahawa penerbangan AK278 selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, dan semua…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version