
PETALING JAYA: Pesawat Airbus A330neo baharu Malaysia Airlines Bhd (pilihan enjin baharu) tidak dibenarkan terbang selama 48 jam lagi setelah mengalami beberapa masalah teknikal sejak penerbangan sulungnya ke Melbourne pada 19 Dis.
Pengarah Urusan Malaysia Aviation Group (MAG) Izham Ismail berkata, syarikat penerbangan itu mengenal pasti tiga isu teknikal berkaitan kualiti pengeluaran kilang dan penghantaran pesawat.
“Malaysia Airlines menghadapi beberapa siri isu teknikal yang timbul akibat kualiti kerja yang buruk daripada kilang dan perkara ini memberi kesan kepada penerbangan sulung pesawat itu.
“Pesawat itu kini tidak dibenarkan terbang untuk (kerja-kerja) pembaikan (dijalankan). Kita memerlukan Airbus dan Rolls-Royce untuk menyiasat punca utama isu ini pada pesawat baharu itu,” katanya, lapor New…