Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pesawat Beechcraft milik TUDM mendarat cemas di Subang

today16 October 2023

Background


Menurut Bahagian Perhubungan Awam TUDM, pihaknya akan menubuhkan pasukan penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian terbabit. (Gambar TUDM)

KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat Beechcraft B 200T milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dekat sini, 1 petang tadi.

Bahagian Perhubungan Awam TUDM yang mengesahkan kejadian berkenaan dalam kenyataannya, memaklumkan bahawa semua empat anak kapal pesawat itu selamat dan tidak mengalami kecederaan.

Menurutnya, kejadian berlaku semasa pesawat dari 16 Skuadron yang berlepas dari Pangkalan Udara Subang pada 11.27 pagi, sedang melaksanakan latihan penerbangan.

“TUDM akan menubuhkan pasukan penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Norazman Mahmud dalam kenyataan, berkata juruterbang pesawat berkenaan telah memaklumkan Menara Kawalan Trafik Udara (ATC)…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post