Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pesawat MAS bawa jemaah umrah berpatah balik ke KLIA

today4 August 2024

Background


Pesawat Airbus A332 milik Malaysia Airlines berpatah balik ke KLIA tidak lama selepas berlepas akibat dipercayai mengalami masalah mekanikal.

PETALING JAYA: Sebuah pesawat Malaysia Airlines yang membawa 259 jemaah umrah ke Jeddah terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tidak lama selepas berlepas dipercayai akibat mengalami masalah mekanikal.

Dua laman sesawang penjejak penerbangan menunjukkan pesawat itu berlepas dari KLIA kira-kira jam 3.30 petang dan berlegar di Selat Melaka sebelum selamat mendarat pada jam 5 petang.

Corak penerbangan konsisten dengan situasi pesawat menghabiskan bahan api sebelum membuat pendaratan cemas. Satu sumber penerbangan memberitahu FMT pesawat berkenaan mengalami masalah mekanikal.

AstroAwani melaporkan, pesawat Penerbangan MH156 membawa 259 jemaah umrah dari dua agensi menuju ke Jeddah.

Corak penerbangan MH156 yang dipaparkan laman sesawang penjejak penerbangan Flightradar24.com.

Seorang penumpang mendakwa pesawat…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post