
KAPAR: Seorang penduduk di Kampung Tok Muda, di kawasan sekitar tempat kejadian pesawat ringan model BK 160 Gabriel terhempas tengah hari tadi berkata, beliau melihat pesawat itu terbang dalam keadaan ‘tidak betul’ di udara sebelum terhempas.

Jinaidi Nasiran, 55, berkata ketika itu beliau sedang menukar tayar kereta di kawasan rumahnya, yang bertentangan dengan lokasi kejadian.
“Pesawat itu menjunam laju, jatuh dalam pukul 1.30 petang… saya terus ke lokasi terhempas. Saya lihat pesawat itu sudah berkecai dan sedikit tertanam di dalam tanah.
“Saya cuba juga tengok jika ada mangsa, tapi tidak kelihatan,” katanya ketika ditemui di lokasi.
Seorang peniaga, Siti Zubaidah Salin, 60, yang tinggal kira-kira 150 meter dari kawasan kejadian berkata semasa kejadian beliau terdengar dentuman kuat dan merasa gegaran, yang pada mulanya…