Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pesawat TUDM tergelincir: Kerja pembersihan selesai, landasan LTSAH buka semula

today6 May 2025

Background


insiden pesawat TUDM
Terdahulu, sebuah pesawat pejuang jenis Hawk milik TUDM tergelincir ketika mendarat di LTSAH kira-kira 5 petang tadi.
PETALING JAYA:

Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) di Alor Setar yang ditutup sementara berikutan insiden melibatkan pesawat tentera udara (TUDM) petang tadi telah dibuka semula pada 8 malam.

Pengurus LTSAH Ikram Alif Mansoor berkata, landasan yang ditutup pada 5.30 petang itu dibuka semula selepas kerja-kerja pemindahan pesawat, pembersihan serta pemeriksaan selesai.

Katanya, empat penerbangan melibatkan ketibaan dan pelepasan yang tergendala akibat insiden itu telah disusun semula.

“Kita sedang menyusun jadual untuk semua penerbangan yang terlibat … ada juga penerbangan yang melibatkan jemaah haji, jadi kita akan cuba selesaikan malam ini juga,” katanya, lapor Bernama.

Terdahulu, Malaysia Airports memaklumkan landasan LTSAH dijangka ditutup hingga 10.30 malam.

Pihak tentera udara sebelum ini mengesahkan sebuah pesawat pejuang jenis Hawk…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post