
KUALA LUMPUR: Selepas lebih sejam berkumpul, peserta himpunan #TangkapAzamBaki berarak dari stesen LRT Bangsar akhirnya bersurai secara aman kira-kira 12.40 tengah hari.
Sepanjang himpunan tiada pemimpin utama pembangkang yang menyertai bantahan itu, sebaliknya hanya wakil aktivis dan pemimpin sayap parti-parti pembangkang terdiri dari wakil pemuda PKR, Pemuda Amanah, Pemuda DAP, Pemuda Pejuang dan MUDA.
Antara aktivis dan pemimpin sayap pemuda parti pembangkang dilihat hadir ialah, Adam Adli, Mandeep Singh, Fahmi Zainol, Ketua Pemuda DAP, Howard Lee; Setiausaha pemuda PKR, Syukri Ab Razak; dan Bendahari Parti Muda, Tarmizi Anuwar.
Semua peserta juga dilihat akur dengan arahan pihak polis yang tidak membenarkan mereka berarak ke Dataran Merdeka.
Pihak polis hanya…