
PETALING JAYA: Pesilat Sukan Malaysia (Sukma) Terengganu meninggal dunia awal pagi tadi susulan rebah terkena tendangan lawannya dalam pertandingan di Dewan Komuniti Taman Coral Height, Seremban.
Wan Muhammad Haikal, 21, tidak sedarkan diri selama 20 minit dengan diberikan rawatan resusitasi kardiopulmonari (CPR), sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), namun disahkan meninggal dunia pada 1.20 pagi.
Kakak sulungnya, Wan Nor Haslinda berkata, keluarga diberitahu mengenai kejadian itu pada 5.30 petang semalam.
“Jurulatih hubungi bapa dan maklumkan yang arwah terpaksa dikejarkan ke hospital kerana tidak sedarkan diri selepas terkena tendangan pihak lawan.
“Tapi, saya tidak tahu lebih lanjut bagaimana kejadian itu berlaku dan kira-kira 2.30 pagi, kami dimaklumkan yang dia sudah meninggal dunia. Waktu tepatnya saya tak…
