Hot FM

Peter Anthony mohon semakan batal sabitan kes pemalsuan


Peter Anthony
Bekas menteri Sabah Peter Anthony kini menjalani hukuman penjara tiga tahun kerana memalsukan sepucuk surat daripada pejabat timbalan naib canselor UMS. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Bekas menteri Sabah, Peter Anthony, memfailkan permohonan semakan dalam usaha membatalkan sabitan kesalahan pemalsuan surat berkaitan kontrak universiti, 11 tahun lalu.

Peter berhujah bahawa Mahkamah Rayuan, dalam keputusan pada 4 Mac lalu yang mengekalkan sabitan dan hukumannya, tidak mempertimbangkan bukti berkait laporan polis dibuat pada 2018 sebelum membuat keputusan.

Dalam permohonan difailkan pada Jumaat lalu (14 Mac), dengan Peter memohon agar semakan dilakukan oleh panel lain di Mahkamah Rayuan.

Pada 2022, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM50,000 terhadap Peter. Beliau membayar denda itu dan kini sedang menjalani hukuman penjara.

Beliau disabitkan kesalahan memalsukan dokumen berkaitan kontrak penyelenggaraan dan perkhidmatan di Universiti Malaysia…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version