
Petronas mengaktifkan protokol kesinambungan perniagaan untuk operasi di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) bagi memastikan prestasi operasi dan kewangannya di seluruh rantau ini.
Syarikat minyak nasional itu melalui satu maklum balas e-mel kepada Bernama berkata sebagai sebahagian daripada langkah ini, kumpulan itu memulakan pemindahan sementara kakitangan daripada operasinya di Abu Dhabi dan Dubai sebagai langkah berjaga-jaga.
“Semua operasi di UAE terus diuruskan melalui pengaturan ganti. Operasi di luar UAE di seluruh rantau berkenaan akan diteruskan seperti biasa,” tambahnya.
Pada hari Rabu, QatarEnergy mengisytiharkan ‘force majeure’ ke atas bekalan gas asli cecair (LNG) berikutan penggantungan pengeluaran di beberapa kemudahan eksport utama.
‘Force majeure’ dalam industri…