

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Saudi Arabian Oil Company (Aramco) hari ini mengumumkan pemeteraian perjanjian bagi pemindahan pegangan ekuiti Aramco yang dipegang menerusi Aramco Overseas Company BV dalam Pengerang Refining Company Sdn Bhd dan Pengerang Petrochemical Company Sdn Bhd (secara kolektif PRefChem) di Kompleks Bersepadu Pengerang, Johor, kepada Petronas.
Tertakluk kepada keperluan memenuhi syarat-syarat lazim pemuktamadannya, PRefChem akan menjadi milik penuh serta dikendalikan oleh syarikat di bawah kumpulan Petronas.
“Pemilikan sepenuhnya ke atas PRefChem akan membolehkan Petronas terus meningkatkan aspek penjajaran operasi dan fleksibiliti yang merentasi rantaian nilai selain dapat memanfaatkan rangkaian bekalan antarabangsa serta integrasi model operasi bersepadu bagi menyokong…