Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan kontraktor pengaturan petroleumnya mencatatkan 19 penemuan penerokaan dan dua kejayaan penilaian lanjutan cari gali, menyumbang lebih satu bilion tong minyak setara sumber baharu untuk Malaysia pada 2023.
Dalam satu kenyataan baru-baru ini, syarikat minyak negara itu berkata, kejayaan berkenaan hasil daripada program cari gali yang dipergiatkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, yang menyaksikan penggalian 25 telaga, jumlah tertinggi dalam masa…