Hot FM

Petronas percepat tempoh kebersediaan hadapi ketidaktentuan bekalan global


petronas refineries
Ketidaktentuan dalam sistem tenaga global perlu diurus secara bersama oleh kerajaan, industri dan rakan antarabangsa, kata Petronas. (Gambar Petronas)
KUALA LUMPUR:

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) percepat tempoh perancangan kebersediaan hilirannya kepada 45 hari berbanding tiga bulan sebelum ini sebagai langkah menghadapi ketidaktentuan bekalan tenaga global.

Presiden merangkap ketua pegawai eksekutif Kumpulan Petronas, Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz, berkata langkah itu bagi membolehkan syarikat bertindak lebih pantas serta responsif terhadap sebarang gangguan dalam rantaian bekalan.

Beliau juga menyifatkan perubahan tempoh itu sebagai sebahagian daripada langkah mitigasi segera susulan peningkatan risiko geopolitik global.

“Pendekatan bagi kemajuan masa depan itu kini dipendekkan daripada tiga bulan kepada 45 hari supaya kita dapat menangani isu bekalan dengan lebih tangkas,” katanya ketika menjadi tetamu dalam program Bicara Naratif Khas: Mendepani Cabaran Krisis…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version