Hot FM

Petronas, Petros kerjasama teroka sumber gas Sarawak


abang johari openg
Premier Sarawak Abang Johari Openg berkata kajian geologi telah mendedahkan kewujudan sumber gas asli di bahagian barat Sarawak. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:

Syarikat petroleum dan gas milik negara, Petronas dan syarikat milik Sarawak, Petros sedang bekerjasama untuk meneroka potensi sumber gas asli di jalur geologi Lundu-Balingian.

Premier Sarawak, Abang Johari Openg, berkata kedua-dua pihak akan berkongsi manfaat daripada sumber tersebut apabila ia berjaya dikomersialkan, lapor Borneo Post.

“Petros dan Petronas masih dalam perbincangan. Kedua-duanya akan mendapat manfaat dan berkongsi segala hasil daripadanya,” katanya.

Abang Johari berkata kajian geologi telah mendedahkan kewujudan sumber gas asli di bahagian barat Sarawak.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan anggaran saiz rizab gas tersebut atau garis masa bagi kerja-kerja penerokaan dan kemungkinan pengkomersialannya.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version