
Premier Sarawak Abang Johari Openg mengumumkan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) memulakan pengeluaran minyak pertama di medan Adong Kechil West (AKW) berhampiran Marudi, menandakan kembalinya pengeluaran minyak darat di Sarawak selepas lebih 50 tahun.
Medan itu mula mengeluarkan kira-kira 800 tong minyak sehari atau bersamaan 24,000 tong sebulan, yang disifatkan sebagai detik bersejarah terhadap usaha Sarawak memperkukuh kedudukan dalam industri minyak dan gas.
“Sempena Hari Sarawak ini, saya ingin mengumumkan sebagai hadiah kepada rakyat Sarawak bahawa Petros, syarikat minyak dan gas milik Sarawak, telah memulakan pengeluaran minyak pertamanya awal minggu ini di medan Adong Kechil West.
“Dengan pengeluaran baharu ini, selepas lebih 50 tahun sejak pengeluaran minyak darat yang terakhir, Sarawak kini berada pada landasan tepat untuk mengembangkan industri hiliran…