Memo berhubung perkara itu diterbitkan Kementerian Kesihatan susulan cadangan sekumpulan doktor kontrak ingin melakukan mogok selama tiga hari, bermula esok.

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengingatkan kepada pekerja kesihatan supaya tidak terlibat dalam perhimpunan haram.
Larangan itu susulan rancangan satu kumpulan berhasrat mengadakan tiga hari mogok membabitkan doktor kontrak, yang dikatakan akan bermula esok.
Dalam infografik dikeluarkan semalam, pihak kementerian menyenaraikan bentuk perhimpunan haram yang dianggap melanggar surat edaran dikeluarkan ketua pengarah perkhidmatan awam (JPA), bertarikh 30 Jun 2011.
Ia termasuk, penglibatan aktif di luar masa bekerja, menggunakan masa pejabat dan meninggalkan pejabat untuk melihat dan menyertai perhimpunan.
Selain itu, bentuk perhimpunan haram juga…
