Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Petugas maut diserang gajah di Taman Hidupan Liar Sabah

today25 December 2022

Background



Mangsa disahkan meninggal dunia akibat cedera parah di bahagian dada dan perut selepas diserang seekor gajah dewasa.

PETALING JAYA: Seorang petugas di Taman Hidupan Liar, Lok Kawi, Sabah maut akibat diserang gajah pygmy pada 8.30 pagi tadi.

Menurut laporan Harian Metro, lelaki berusia 49 tahun itu yang difahamkan parah di bahagian perut dan dada, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, iaitu kandang pameran gajah.

Ketua Polis Daerah Penampang, Haris Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati mangsa sedang melakukan tugas rutinnya dengan memberi makanan dan membersihkan gajah itu.

“Secara tiba-tiba, seekor gajah dewasa menyerang mangsa ketika memberi rawatan kepada anak gajah yang cedera.

“Akibat serangan itu, mangsa parah di bahagian dada serta perut dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai kesihatan,” katanya dipetik akhbar itu.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I.

Haris…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post