Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

PGA rampas jeans seludup lebih RM19,000

today8 November 2024

Background


Beberapa bungkusan mengandungi 129 helai seluar jeans tanpa dokumen sah yang ditemui dalam Naza Citra di pangkalan haram Pok Mat Khamis lalu. (Gambar PGA7)

KOTA BHARU: Pasukan Gerakan Am (PGA) menumpaskan sindiket menyeludup 129 seluar jeans dipercayai dari Thailand dianggarkan bernilai RM19,350 dalam operasi Taring Wawasan, Khamis lepas.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Nik Ros Azhan Ab Hamid, berkata seluar itu ditemui dalam Naza Citra dipandu seorang lelaki di pangkalan haram Pok Mat, Rantau Panjang pada 6.30 petang.

Beliau berkata, warga tempatan yang melarikan diri selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa, ditahan di kawasan berhampiran.

“Hasil pemeriksaan menemui beberapa bungkusan mengandungi 129 helai seluar jeans dalam kenderaan itu tanpa dokumen sah.

“Suspek dan semua barang rampasan dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan lanjut bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, PGA akan terus…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post