Hot FM

PGA tumpas kegiatan perdagang orang di Pasir Mas, 6 ditahan


Dua kad berdaftar bawah UNHCR dan satu telefon bimbit turut dirampas dalam serbuan Op Nyah II di Rantau Panjang, Pasir Mas, semalam. (Gambar PGA)

KOTA BHARU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan pemerdagangan orang membabitkan enam pendatang tanpa izin di Kampung Barol Pial, Rantau Panjang, Pasir Mas, semalam.

Komander Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, tangkapan dilakukan sepasukan anggota Batalion 8 PGA pada 6 petang menerusi Op Nyah II selepas menyerbu sebuah rumah di kampung itu susulan maklumat yang diterima.

“Terdapat enam lelaki disyaki warga Myanmar di dalam rumah itu, empat suspek gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri atau dokumen perjalanan yang sah.

“Suspek disyaki diseludup masuk ke Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, dua suspek berusia 32 dan 50 tahun dipercayai menjadi tekong untuk menyeludup empat individu itu.

Dua kad berdaftar bawah Suruhanjaya Tinggi Persatuan Bangsa-Bangsa…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version