
PETALING JAYA: Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo meminta Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail mempertimbangkan keputusannya tidak menyemak semula Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau Sosma.
Ini kerana, kata Ahli Parlimen Damansara itu, kenyataan Saifuddin semalam bertentangan pendirian Pakatan Harapan (PH) selama ini yang mengakui Sosma bersifat menindas.
“Pada Oktober 2019, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim sendiri dilaporkan berkata bahagian tertentu Sosma perlu dipinda dan ditambah baik untuk manfaat semua pihak kerana undang-undang itu dianggap ‘terlalu keras’, katanya dalam kenyataan.
Semalam, Saifuddin memberi petunjuk akta itu tidak akan disemak semula dan menyatakan individu ditahan boleh mengambil khidmat peguam sekiranya dihadapkan ke…