Parti pimpinan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memohon menjadi sebahagian komponen Pakatan Harapan pada September tahun lalu.

KLANG: Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook berkata pimpinan Pakatan Harapan belum mengadakan sebarang pertemuan setakat ini, sebagai respons kepada gesaan Muda ingin mengetahui keputusan parti itu menyertai gabungan berkenaan.
“Kami belum ada mesyuarat PH setakat ini. Kami akan membincangkan (permohonan Muda) apabila kami bertemu masa akan datang,” katanya kepada pemberita.
Semalam, Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata parti masih menunggu respons daripada PH berhubung permohonannya menyertai gabungan itu.
Katanya, lebih mudah bagi Muda menentukan kerusi untuk ditandingi menjelang PRN yang dijangka diadakan selepas Jun, sejurus perkara itu diselesaikan.
Syed Saddiq berkata,…