
KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) akan membuat keputusan pada Rabu, sama ada Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dibubarkan atau sebaliknya.
Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook berkata, mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu malam tadi membincangkan perkara berkenaan secara panjang lebar.
Katanya, satu daripada faktor yang diambil kira ialah sokongan kuat dalam DAP Pulau Pinang untuk pilihan raya persekutuan dan negeri diadakan serentak.
“Keputusan berhubung perkara itu hanya akan dibuat selepas mesyuarat Majlis Presiden PH esok (Rabu),” kata Loke di ibu pejabat parti itu malam tadi.
PH yang mentadbir Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan sebelum ini berkata, tiga DUN itu akan berkhidmat sehingga penggalnya tamat.
Kerajaan Selangor mendapat perkenan Sultan Sharafuddin Idris…