Site icon Hot FM

PH, BN ikrar sokong calon masing-masing di P Pinang


Umno Pulau Pinang berkata, ia akan membalas jaminan sokongan DAP dengan ahlinya akan menyokong calon PH pada PRN.

BUTTERWORTH: DAP dan Umno, dahulunya musuh ketat, berjanji bahawa penyokongnya akan mengundi calon satu sama lain pada PRN Pulau Pinang.

Pengerusi DAP Lim Guan Eng memberi jaminan bahawa “semua penyokong DAP akan mengundi calon Barisan Nasional (BN)”.

“Saya harap BN dapat beri jaminan bahawa semua penyokong mereka (juga) akan undi Pakatan Harapan (PH).

“Jika ini dapat dilakukan, kita boleh capai tahap baharu yang mengagumkan,” kata ketika pelancaran manifesto PH dan BN.

Lim bagaimanapun berkata, “kebolehpindahan undi” hanya akan berjaya jika pengundi keluar mengundi.

Beliau turut menggesa kerajaan sementara Pulau Pinang mengisytiharkan 12 Ogos sebagai cuti umum bagi memastikan peratusan keluar mengundi tinggi.

Peratusan keluar mengundi yang rendah, katanya, “tidak bagus untuk kita”.

Kemudian pada acara sama, Umno Pulau Pinang berkata, ia akan membalas…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version