
PETALING JAYA: Gabungan pembangkang di Kedah membentuk jawatankuasa bayangan bagi setiap portfolio exco sebagai mekanisme semak dan imbang terhadap pentadbiran kerajaan negeri.
“Kita tidak mahu hanya kerajaan negeri yang sentiasa menyerang kerajaan persekutuan tanpa dipertanggungjawabkan atas pentadbiran sendiri,” kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Konvensyen Perpaduan Kedah di Sungai Petani hari ini, yang turut dihadiri Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Mahdzir Khalid, lapor Sinar Harian.
Katanya, konvensyen tersebut turut menghasilkan resolusi bagi menubuhkan sekretariat bersama, berperanan menyusun perancangan dan gerak kerja politik.
Antara resolusi lain termasuk menetapkan sasaran untuk mengambil kembali…