Pengerusi PH negeri Chow Kon Yeow berkata rundingan juga bersetuju pastikan PH menang besar pada PRN nanti.

GEORGE TOWN: Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang mencapai persetujuan secara konsensus untuk mengelak pertembungan calon pada PRN Pulau Pinang tidak lama lagi.
Pengerusi PH negeri, Chow Kon Yeow, berkata rundingan PH-BN diadakan semalam hanya menumpukan kepada 15 kerusi pengundi majoriti Melayu dan menerusi rundingan itu, beberapa persetujuan dicapai.
“Antara persetujuan yang penting adalah kedua-dua pihak bersetuju untuk elak pertembungan calon-calon pada PRN dan semua harus pastikan PH menang besar pada PRN nanti,” katanya kepada pemberita.
Beliau berkata disebabkan rundingan hanya kepada kerusi-kerusi majoriti pengundi Melayu, jadi BN diwakili Umno dan BN juga setuju akan menguruskan isu-isu dalaman termasuk dengan komponen…