Chow Kon Yeow berkata, PH dan BN mesti memenangi sebanyak mungkin kerusi DUN pada PRN akan datang.

GEORGE TOWN: Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) akan berusaha memenangi sebanyak mungkin kerusi DUN bagi memastikan Pulau Pinang mempunyai kerajaan berbilang kaum, kata ketua PH negeri Chow Kon Yeow hari ini.
Chow berkata, faktor pelaris kempen pilihan raya PH-BN ialah sokongan awam kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan keupayaannya mencetuskan perubahan menerusi dasar yang bagus.
Beliau berharap Putrajaya akan memperkenalkan lebih banyak dasar bagus disasarkan pada enam negeri yang akan mengadakan PRN, seperti projek baharu dan kelulusan.
“Ini bagi memberi harapan kepada pengundi bahawa kerajaan ini mampu mengharungi cabaran dan krisis. Dan untuk memberi harapan kepada negara untuk terus maju,” katanya pada sidang media di…
