Pengerusi PH Selangor menggambarkan kesepakatan itu ‘satu pencapaian sangat baik’ berbanding tujuh lagi kerusi masih dirunding.

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Selangor sudah sepakat dalam pembahagian 49 kerusi dengan berbaki tujuh lagi belum selesai, kata Amirudin Shari.
Pengerusi PH Selangor itu berkata, kesepakatan dicapai setakat ini digambarkan “pencapaian yang sangat baik”.
“Sudah ada 49 kerusi yang ‘confirm’ (sah). Saya percaya masing-masing tahu dan kita mempunyai peluang cerah (menang).
“Kalau 49 kerusi (selesai dimuktamadkan), maknanya ada tujuh lagi belum selesai. Jadi, dengan tujuh belum selesai itu, sudah terlalu sedikit berbanding 56 kerusi keseluruhan…satu pencapaian yang sangat baik,” katanya menurut Berita Harian.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Majlis…