Ketua Setiausaha PH, Saifuddin Nasution Ismail berkata, formula rundingan agihan kerusi antara PH dan BN sudah dimulakan.

PUTRAJAYA: Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bersetuju dengan beberapa parameter untuk memandu proses agihan kerusi bagi PRN di enam negeri, kata Ketua Setiausaha PH, Saifuddin Nasution Ismail.
“Formula rundingan agihan kerusi antara PH dan BN telah dimulakan,” katanya dalam dialog bersama media di sini, sambil menambah rundingan itu belum selesai kerana beberapa siri rundingan perlu diadakan.
Media sebelum ini melaporkan Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu mencapai persetujuan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing dalam tempoh dua minggu terakhir Jun ini bagi memberi laluan kepada PRN.
Mengenai keputusan semua calon BN akan menggunakan logo dacing pada…