
PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mungkin berdepan cabaran di Sabah dan Sarawak jika PRU diadakan secara mengejut, kata aktivis dan pengulas politik Sabah Johan Ariffin Samad.
Beliau mengaitkan perkara ini dengan rasa tidak puas hati yang semakin menebal terhadap penglibatan kerajaan persekutuan dalam hal ehwal agama.
Menurutnya, rakyat Sabah dan Sarawak mempunyai ‘pendirian tegas’ tentang kebebasan beragama.
Perkara seperti Rang Undang-undang Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024, contohnya, hanya menguatkan ketakutan terhadap Islamisasi, katanya.
“Umno mahu tuntut semula kerajaan bersama-sama PH, tetapi dasar agama mereka boleh menjejaskan sokongan di Sabah dan Sarawak, di mana kebebasan beragama sangat dilindungi,” katanya ahli kumpulan bekas penjawat awam kanan G25 itu dalam…