Hot FM

PH hilang kubu kuat di Melaka, sekali lagi kecundang pada PRN


Adly Zahari
PH menerima tamparan paling hebat di Bukit Katil apabila Adly Zahari yang juga antara calon paling menonjol gabungan itu tewas.
PETALING JAYA:

PRN Melaka menyaksikan Pakatan Harapan (PH) sekali lagi mengalami kekalahan, yang keempat berturut-turut selepas pilihan raya negeri di Sabah, Johor dan Negeri Sembilan.

PH hanya meletakkan 24 calon daripada keseluruhan 28 kerusi DUN Melaka, selain menjalin kerjasama pilihan raya dengan bekas sekutunya, Bersatu, yang bertanding di tujuh kerusi.

Gabungan pimpinan Anwar Ibrahim itu memenangi empat kerusi, berkurangan satu berbanding lima kerusi yang diraih pada PRN 2021.

Bersatu pula gagal memenangi sebarang kerusi, termasuk empat kawasan yang ditandinginya tanpa berdepan calon PH dan tiga lagi kawasan yang menyaksikan calon kedua-dua pihak bertembung.

Dalam kalangan parti komponen PH, DAP menunjukkan prestasi paling baik, seperti yang turut berlaku pada PRN Johor dan Negeri Sembilan.

DAP mempertahankan empat kerusi dimenanginya lima tahun…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version