Hot FM

PH Johor usul PRN, PRU diadakan serentak


Aminolhuda Hassan Teo Nie Ching
Aminolhuda Hassan (tengah) bersama kepimpinan PH Johor. Turut hadir Zaliha Mustafa dari PKR (kiri) dan Teo Nie Ching dari DAP (kanan). (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:

Pakatan Harapan (PH) Johor mengusulkan agar PRN dan PRU dilaksanakan serentak bagi menjimatkan perbelanjaan kerajaan serta memudahkan urusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan rakyat untuk mengundi.

Pengerusi PH Johor Aminolhuda Hasan berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat PH Johor hari ini, lapor Bernama.

“Kalau dua kali pilihan raya bermakna semua parti yang terlibat perlu mencari dana dan pelaksanaannya secara berasingan dikhuatiri boleh mengganggu kelancaran urusan pentadbiran kerajaan,” katanya selepas mesyuarat itu dan majlis berbuka puasa bersama media Johor.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata PH Johor selaku pengimbang akan mengemukakan cadangan tersebut kepada kerajaan negeri dalam masa terdekat melalui Ketua Pengimbang Johor Andrew Chen Kah Eng.

Sementara itu, Aminolhuda berkata PH Johor…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version