Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

PH masih pembangkang di Johor, hubungan dengan BN sangat baik, kata Salahuddin

today8 January 2023

Background



Pengerusi PH Johor Salahuddin Ayub turut berkata, perkara penubuhan kaukus melibatkan 24 Ahli Parlimen BN dan PH Johor masih dalam perbincangan. (Gambar Bernama)

JOHOR BAHRU Pakatan Harapan (PH) masih berperanan sebagai pembangkang di Johor berikutan tiada lagi perbincangan berhubung bentuk kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) di negeri itu setakat ini.

Pengerusi PH Johor Salahuddin Ayub, bagaimanapun berkata, hubungan antara kedua-dua parti itu sangat baik atas semangat perpaduan.

“Setakat ini, ketika saya meninggalkan DUN semasa Menteri Besar (Onn Hafiz Ghazi) membuat penggulungan Belanjawan 2023 pada Persidangan DUN Johor (Disember tahun lepas), kami masih duduk di barisan pembangkang.

“Belum ada apa-apa keputusan di Johor, tetapi antara kami semua faham bahawa semangat perpaduan kerajaan sangat mendasari

“Hubungan juga sangat baik, cuma kita tidak dapat tentukan lagi bentuk kerjasama pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post