
Pakatan Harapan (PH) Melaka sedang memuktamadkan rundingan dengan parti yang mempunyai aspirasi sama termasuk Bersatu bagi membentuk kerjasama ‘PH Plus’ untuk menghadapi PRN.
Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari, berkata rundingan itu dilaksanakan berdasarkan ketetapan yang diambil dalam mesyuarat Majlis Presiden PH.
“Rundingan itu juga termasuk dengan Bersatu, namun sebarang bentuk kerjasama hanya akan diumumkan selepas proses rundingan selesai,” katanya pada sidang media selepas menghadiri pelancaran jentera pilihan raya Amanah di Duyong, hari ini.
Turut hadir Presiden Amanah merangkap Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu dan Timbalan Presiden Amanah Mujahid Yusof Rawa.
Dalam pada itu, Adly yang juga timbalan menteri pertahanan berkata pembahagian kerusi dalam PH antara PKR, Amanah dan DAP diselesaikan termasuk peruntukan lapan kerusi…