
Pakatan Harapan (PH) memberi tempoh dua bulan kepada Jawatankuasa Pilihan Raya menilai kemungkinan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) termasuk pembahagian kerusi menjelang PRN Melaka dan Johor.
Ketua Setiausaha PH Saifuddin Nasution Ismail, berkata persiapan itu merangkumi kajian lapangan, penilaian strategi serta pendekatan kerjasama bagi memastikan keputusan dibuat tepat dan berkesan.
“Kami (di peringkat sekretariat) telah adakan (perbincangan) pusingan awal dan kita telah meminta supaya Jawatankuasa Pilihan Raya di bawah PH membuat satu persiapan lapangan untuk menilai serba serbi termasuk melihat dari sudut strategi memasuki pilihan raya ini.
“Adakah mengikut kerjasama menerusi model kerajaan perpaduan sekarang, di mana BN dan PH bergabung di bawah satu…