

Pakatan Harapan (PH) perlu melihat melangkaui Barisan Nasional (BN) sekiranya Umno mengukuhkan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN), menurut seorang pemimpin PKR.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Yuneswaran Ramaraj berkata PH perlu beri perhatian kepada membuka ruang kepada parti politik lain yang berkongsi prinsip dan agenda reformasi, demokrasi, tadbir urus baik serta kepentingan negara.
Tegasnya, PH perlu serius meneroka kerjasama yang tidak terikat dengan politik identiti yang sempit, dan bergerak ke arah politik berasaskan prestasi.
“Memperluaskan kerjasama tidak bermakna meninggalkan prinsip PH. Sebaliknya, ia boleh mengukuhkan prinsip tersebut dengan membina gabungan parti yang lebih luas dan komited terhadap reformasi, kestabilan serta kemajuan,” katanya kepada FMT.
Yuneswaran mengulas kenyataan Setiausaha Agung…