
PETALING JAYA: Dua penganalisis menyuarakan keraguan bahawa Pakatan Harapan (PH) akan bersetuju membuat pakatan pilihan raya dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Azmi Hassan dari Akademi Nusantara dan James Chin dari Institut Asia di Universiti Tasmania memberitahu FMT, kemungkinan PH akan melihat PSM terlalu lemah di mata pengundi untuk memberi nilai tambah kepada pakatan tersebut.
Azmi berkata, sudah wujud kebimbangan dalam PH untuk menerima Muda sebagai sekutu, walaupun parti pemuda itu boleh “dilihat sebagai nilai tambah”.
Katanya, PSM mungkin mahu bertanding di kerusi yang sama pada 2018.
Difahamkan, PSM berhasrat bertanding “empat atau lima” kerusi Parlimen atas tiket PH.
“Saya tidak rasa PH akan memberi kerusi sebanyak itu. Seperti yang dilihat pada 2018, PSM tidak…