Pelaksanaan projek bernilai RM931 juta itu dikaji semula selepas PH mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri, selepas PRU14.

PETALING JAYA: Sanusi Md Nor mendakwa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) terdahulu penyebab kelewatan usaha menaik taraf infrastruktur air negeri di Kedah.
Menteri besar Kedah itu berkata, usaha menaik taraf infrastruktur air di negeri itu dirancang sejak 2010.
Menurutnya, kerajaan negeri ketika itu sudah mengenal pasti dan memuktamadkan langkah mengatasi masalah air tidak terhasil (NRW), selain penggantian paip utama dan keperluan loji rawatan air (LRA) baharu, sejak 2013.
“Selepas melalui proses rundingan harga dan aspek teknikal, kerajaan pusat setuju memberi geran dan pinjaman untuk lima LRA baharu berjumlah RM931 juta. Iklan tender pembinaan pun dikeluarkan dan kebetulan PRU14 berlaku di mana PH…