
PETALING JAYA: Pengerusi DAP Lim Guan Eng berkata sokongan kepada Pakatan Harapan (PH) tidak akan susut susulan laporan “pemimpin berprofil” meninggalkan Bersatu untuk menyertai PKR.
Beliau yakin penyokong PH lebih menumpukan kepada prestasi kerajaan dalam meningkatkan ekonomi.
“Sokongan kepada PH lebih bergantung terhadap prestasi ekonomi, (pelaksanaan) reform, kestabilan politik, dan juga memenuhi janji pilihan raya.
“Ini lebih penting berbanding siapa (daripada pembangkang) diterima masuk sebagai ahli,” katanya kepada pemberita.
Lim berkata demikian ketika diminta mengulas kemungkinan kemasukan bekas pemimpin Bersatu dalam PKR akan menjejaskan sokongan kepada PH, yang DAP merupakan parti komponen.
Pada Rabu, Utusan Malaysia melaporkan, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail sebagai berkata, individu berprofil tinggi daripada pembangkang, termasuk pemimpin dan bekas pemimpin,…