
PETALING JAYA: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim membayangkan gabungan itu tidak akan memberi laluan kepada Muda di kawasan dimenangi komponennya, pada pilihan raya umum lalu.
Menurut Anwar, perbincangan antara komponen masih berjalan dan sebarang pengumuman berkaitan akan dibuat dalam tempoh terdekat.
“Ada perkembangan di beberapa negeri dan keputusannya akan diumumkan sedikit masa,” katanya selepas sesi dialog dengan belia, di Kuala Lumpur.
Anwar menjelaskan, meskipun ruang perbincangan lanjut sentiasa terbuka sekiranya parti komponen bersetuju, namun secara prinsip kerusi dimenangi PH kekal ditandingi parti komponen penyandang.
Beliau diminta mengulas permohonan Muda menyertai PH dan sama ada parti diketuai Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed…