Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

PH yakin kuasai 50 kerusi DUN di Selangor

today6 May 2023

Background


Pengarah pilihan raya PH negeri, Yahya Mat Sahri berkata kejayaan itu dapat dicapai dengan sokongan pengundi BN.

Pakatan Harapan Selangor juga yakin dapat mempertahankan negeri itu pada pilihan raya negeri akan datang.

PETALING JAYA: Kerjasama antara Pakatan harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) akan membantu gabungan itu memenangi sekurangnya 50 daripada 56 kerusi dalam pilihan raya negeri Selangor yang akan datang, kata Pengarah pilihan raya Pakatan Harapan (PH) negeri, Yahya Mat Sahri.

Menurut laporan Sinar Harian, Yahya berkata beliau yakin prestasi PH akan lebih baik dalam pilihan raya negeri dengan sokongan pengundi BN.

“Kita yakin untuk menang lebih banyak kerusi, tidak hanya di kawasan bandar tetapi juga di kawasan luar bandar, terutama di kubu kuat BN.”

Beliau mendakwa kajian menunjukkan bahawa 50% pengundi Melayu di Selangor menyokong PH dan menambah bahawa PH yakin akan dapat mengekalkan kawalan negeri tersebut.

Terdahulu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Azmin…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post