Hot FM

Pharmaniaga komited pulih kewangan keluar status PN17


Pharmaniaga masih menunggu kelulusan Bursa Malaysia bagi pelan penstrukturan semula dan dalam masa sama menetapkan strategi holistik untuk meningkatkan ekuiti serta mengurangkan kerugian terkumpulnya.

KUALA LUMPUR: Pharmaniaga Bhd menegaskan komitmennya terhadap pemulihan kewangan dalam situasi pandangan diberikan juruaudit bebas, PricewaterhouseCoopers (PWC) mengenai penyata kewangannya bagi 2023.

Syarikat itu memberi jaminan kepada pemegang saham mengenai kemajuannya yang kukuh, disokong asas perniagaan berdaya tahan, di samping strategi jelas untuk keluar daripada status Nota Amalan 17 (PN17).

Sebelum ini, firma audit itu membangkitkan isu keupayaan Pharmaniaga meneruskan perniagaannya memandangkan kebimbangan berterusan berdasarkan kewangan 2023 syarikat tersebut.

Pengarah Eksekutif Pharmaniaga, Zulkifli Jafar berkata, komitmen syarikat terbukti dengan pelan hala tuju terperinci ke arah pemulihan kewangan yang dikeluarkan melalui pengumuman pada November 2023, dan seterusnya…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version